Friday, December 11, 2009

Majlis Penyerahan Meja Ping Pong Blok 1C

Putrajaya, 9 Disember 2009 - Bertempat di Blok 1C, Presint 9, Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Putrajaya, sdr Tun Faisal Ismail bin Aziz telah menyerahkan meja ping pong kepada Ketua Penduduk Cawangan Bunga Daisy, sdr Jaslee, disaksikan ketua belia Cawangan Bunga Daisy, sdr Azhar. Majlis bermula pada pukul 845 malam. Majlis turut dimeriahkan dengan acara pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan pertandingan gubahan bunga bagi wanita. Sdr Tun Faisal selaku Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Putrajaya menyampaikan ucapan dan diikuti dengan pertandingan ping pong secara beregu dijalankan secara kalah mati. Adalah diharapkan dengan penyertaan dan sambutan baik dari penduduk setempat, Kelab Sukan Komuniti akan sentiasa komited menjadikan acara sukan sebagai medium untuk membentuk keharmonian komuniti penduduk di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment